About Me

I'm so much more than a teacher..

Tuesday, March 13, 2012

Reaching Out Touching You

It has been a long time since I stopped sharing about what I felt and stories I've heard. I've been looking forward to share lots of things with you. I'm a teacher now and this year is my third year of teaching elementary kids. I started my career in 2010 and always enjoy teaching since then. But lately, I felt disappointed because my passion has faded bits by bits as I had to do lots of "clerical works" compared to my core business (which is teaching...of course!). I've spent hours, days and weeks for the clerical works instead of finding the best resources for my lovely little kids. To share my passion is to be patient and i know that i have to be extra tougher than before. Even though my time were regularly spent for the "unnecessary work", yet, I could serve the best for my pupils with some helps from various useful websites. Thanks to them for handy teaching resources. Therefore, I would like to share with you out there so that we can serve best for our kids.

These are some useful websites for you:
www.mrprintables.com
www.mrsjonesroom.com
www.dltk-teach.com

Saturday, December 4, 2010

Getting started..

I've been waiting so long to take risk in making a business.. I want to make my dream comes true as a businesswoman.. Maybe I'll start it small first and later on, InsyaAllah, it'll be more than what I think..

I took a month to survey the very best suppliers ever and Alhamdullilah, I got several.. When I see many housewives succeeded in this field, they inspired me to move on and now, I'm beginning to look forward supplying the most selected products to be shared with others..

I want it to be the best moment for others as well, thus, I carefully, seriously and painstakingly choose every items in order to control the quality of the products.. All products come directly from the factory which mainly producing every item from the west side of the world..

I feel good to share my interest with others and I'll try to serve the best for my customers.. And I'm looking forward to design my products under my own brand.. InsyaAllah.. Hopefully my wish comes true with all supports from my surrounding especially YOU..

Friday, May 22, 2009

Erti Persahabatan


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Loving Someone

Long time ago, there's someone sending me this story... I really loved it and I decided to share with you..

Comot : Why do you like me..? Why do you love me?

Comel : I can't tell the reason.. but I really like you..

Comot : You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?

Comel : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.

Comot : Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Comel : Ok..ok!!! Erm...
because you are beautiful,
because your voice is sweet,

because you are caring,

because you are loving,

because you are thoughtful,

because of your smile,

because of your every movements.

Comot felt very satisfied with Comel's answer. Unfortunately, a few days later, Comot met with an accident and became comma. Comel then placed a letter by her side, and here is the content:


Darling,

Because of your sweet voice that I love you...

Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.

Because of your care and concern that I like you..

Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.

Because of your smile, because of your every movements that I love you..

Now can you smile? Now can you move?

No, therefore I cannot love you...

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore.

Do love need a reason? NO!

Therefore, I still love you...

Thursday, May 14, 2009

Misteri Bola Ping Pong

Masa kecik-kecik dulu memang suka baca cerita-cerita lucu macam ni.. Hanya sekadar untuk bacaan ringan tatkala takde benda nak buat.. Enjoy it!



     Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran. Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM. Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang di dalam PMR? Basikal?" Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

      Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong. Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan di dalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima di jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong. Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

     Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong. "Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"
Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut. Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

     Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya. Apakah misteriya? nak tau????

ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Bila sudah tiada...

Terkadang kita tak sedar betapa pentingnya seseorang tu dalam hidup kita selama kita bersama dengannya.. Kita jarang ambil tahu dan kurang memberi perhatian kepada orang yang berada di sisi kita.. Kita mudah lupa dan sentiasa menyakitkan hati mereka tanpa memikirkan perasaan mereka.. Take people for granted, itulah yang selalu kita buat..Namun, pabila mereka sudah tiada dalam hidup ini, kita mula sedar bahawa kita dah kehilangan sesuatu yang berharga.. Kita mula terkenang kenangan bersamanya tika susah dan senang.. Kita baru sedar yang kita telah kehilangan pendengar yang setia, penglipur lara tatkala duka, penyelamat dan teman dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bila mereka dah pergi jauh dari hidup kita, kita mulai merindui dan menyesali setiap perbuatan dan kata-kata yang telah kita ucapkan.. Mungkinkah itu sememangnya fitrah manusia? Tidak bersyukur dengan apa yang ada di sekelilingnya? Tidak menghargai apa yang dimilikinya? Ibarat sudah terhantuk baru terngadah, tak guna untuk kita mengenang kisah lampau kerana mereka yang pergi akan terus pergi meninggalkan kita sendirian.. Kita tetap meneruskan hidup walaupun mereka sudah tiada di sisi..

Buat jiwa yang luka dan hilangnya orang yang tersayang..

Wednesday, May 13, 2009

Andainya...

Sejenak berteleku di meja komputer tatkala menerima mesej daripada pembalas yg tak dikenali. Dia memperkenalkan diri sebagai kawan kepada kawan baikku. Mesejnya ringkas tapi menyentap hati kecilku. "Maaf cik Ika, saya kawan kepada Yaya, hanya nk inform yg dia sudah tiada, dijemput Illahi 2bulan lepas, semoga cik dapat memaafkan segala dosa beliau dan menghalalkan segala hutang sekiranya masih ada semasa beliau hidup." Saat itu, hanya terkesima dan tanpa disangka, renik jernih sudah membasahi pipi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah..

Ku dedikasikan nukilan ini buat insan yg pernah bergelar seorang sahabat...

Saat bersamamu ku rasakan begitu sekejap sehinggalah aku kehilangan dirimu..
Sekadar imbasan memori bersama..

Andai aku mampu bersuara, pasti aku meluah segalanya yg tersirat, menerang segala yang tak jelas, merungkai segala kekusutan, tapi aku bisu…
Andai aku mampu melihat, pasti aku mengintai di celah kegelapan, memandu pada kebenaran, menunjuk pada keindahan, tapi aku buta…
Andai aku mampu mendengar, pasti aku menjadi teman yg setia, menunjuk pd yg terluka, merasa pd setiap luahan, tapi aku tuli…
Andai aku mampu memegang, pasti ku ayunkan sebuah kemesraan, menarik semua ikatan, agar ia lerai, tapi aku tak punya rasa…
Andai aku mampu berdiri, pasti ku loncati segala pagar api, membawa engkau berlari, melangkahi segala kepahitan agar bisa tegak…
Andai aku punya teman, yg mendengar pd yg tak mampu bersuara, yg memimpin dlm gelap, yg menerangkan dgn diam, yg mengalihkan setiap halangan, yg meminjamkan tongkat dgn rasa kasih…