About Me

I'm so much more than a teacher..

Tuesday, January 13, 2009

Tinta Emas

Salam Tinta Emas

Dengan lafaz Bismillah, Ika memulakan nukilan rasa hati ini buat pertama kalinya sepanjang hidup Ika.. Ika bukanlah seorang penulis yang pandai bermain dgn kata-kata dan Ika bukanlah insan yg berani meluahkan segala perasaan atau idea yang terpendam, Ika di sini cuma sekadar menimba pengalaman dan cuba belajar utk berkongsi cerita tentang kehidupan Ika yang Ika anggap tidak seberapa berbanding dgn insan lain..

Ika harap pengalaman ini akan membantu Ika menulis dgn lebih baik dan yang paling penting dalam hidup ini, Ika dapat meluahkan segala isi hati Ika di sini memandangkan Ika baru saja kehilangan teman bicara yang terbaik dalam hidup ini. Dia seorang pendengar yg setia, tak pernah jemu mendengar kisah-kisah lara Ika, seorang kaunselor terbaik yg menjadikan Ika setabah dan sekental ini dalam menempuhi lorong-lorong kehidupan, seorang teman tika Ika dalam kesusahan dan sentiasa berkongsi kegembiraan yg membuatkan Ika terlupa tentang hidup ini penuh dgn cabaran dan dugaan.. Dia mengerti dan memahami setiap kekuatan dan kelemahan Ika selama 23 tahun ini.. Kehadiran dirinya dalam hidup ni adalah perkara terindah dalam hidup Ika dan kehilangan dirinya sebagai seorang teman yg tiada tandingan membawa Ika kepada medium ini sebagai gantinya..

Walaupun dia sudah tiada, kasih sayangnya sentiasa dekat di hati Ika dan semoga rohnya di tempatkan dlm golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.