About Me

I'm so much more than a teacher..

Friday, May 22, 2009

Erti Persahabatan


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Loving Someone

Long time ago, there's someone sending me this story... I really loved it and I decided to share with you..

Comot : Why do you like me..? Why do you love me?

Comel : I can't tell the reason.. but I really like you..

Comot : You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?

Comel : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.

Comot : Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Comel : Ok..ok!!! Erm...
because you are beautiful,
because your voice is sweet,

because you are caring,

because you are loving,

because you are thoughtful,

because of your smile,

because of your every movements.

Comot felt very satisfied with Comel's answer. Unfortunately, a few days later, Comot met with an accident and became comma. Comel then placed a letter by her side, and here is the content:


Darling,

Because of your sweet voice that I love you...

Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.

Because of your care and concern that I like you..

Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.

Because of your smile, because of your every movements that I love you..

Now can you smile? Now can you move?

No, therefore I cannot love you...

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore.

Do love need a reason? NO!

Therefore, I still love you...

Thursday, May 14, 2009

Misteri Bola Ping Pong

Masa kecik-kecik dulu memang suka baca cerita-cerita lucu macam ni.. Hanya sekadar untuk bacaan ringan tatkala takde benda nak buat.. Enjoy it!



     Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran. Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM. Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang di dalam PMR? Basikal?" Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

      Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong. Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan di dalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima di jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong. Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

     Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong. "Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"
Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut. Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

     Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya. Apakah misteriya? nak tau????

ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Bila sudah tiada...

Terkadang kita tak sedar betapa pentingnya seseorang tu dalam hidup kita selama kita bersama dengannya.. Kita jarang ambil tahu dan kurang memberi perhatian kepada orang yang berada di sisi kita.. Kita mudah lupa dan sentiasa menyakitkan hati mereka tanpa memikirkan perasaan mereka.. Take people for granted, itulah yang selalu kita buat..Namun, pabila mereka sudah tiada dalam hidup ini, kita mula sedar bahawa kita dah kehilangan sesuatu yang berharga.. Kita mula terkenang kenangan bersamanya tika susah dan senang.. Kita baru sedar yang kita telah kehilangan pendengar yang setia, penglipur lara tatkala duka, penyelamat dan teman dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bila mereka dah pergi jauh dari hidup kita, kita mulai merindui dan menyesali setiap perbuatan dan kata-kata yang telah kita ucapkan.. Mungkinkah itu sememangnya fitrah manusia? Tidak bersyukur dengan apa yang ada di sekelilingnya? Tidak menghargai apa yang dimilikinya? Ibarat sudah terhantuk baru terngadah, tak guna untuk kita mengenang kisah lampau kerana mereka yang pergi akan terus pergi meninggalkan kita sendirian.. Kita tetap meneruskan hidup walaupun mereka sudah tiada di sisi..

Buat jiwa yang luka dan hilangnya orang yang tersayang..

Wednesday, May 13, 2009

Andainya...

Sejenak berteleku di meja komputer tatkala menerima mesej daripada pembalas yg tak dikenali. Dia memperkenalkan diri sebagai kawan kepada kawan baikku. Mesejnya ringkas tapi menyentap hati kecilku. "Maaf cik Ika, saya kawan kepada Yaya, hanya nk inform yg dia sudah tiada, dijemput Illahi 2bulan lepas, semoga cik dapat memaafkan segala dosa beliau dan menghalalkan segala hutang sekiranya masih ada semasa beliau hidup." Saat itu, hanya terkesima dan tanpa disangka, renik jernih sudah membasahi pipi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah..

Ku dedikasikan nukilan ini buat insan yg pernah bergelar seorang sahabat...

Saat bersamamu ku rasakan begitu sekejap sehinggalah aku kehilangan dirimu..
Sekadar imbasan memori bersama..

Andai aku mampu bersuara, pasti aku meluah segalanya yg tersirat, menerang segala yang tak jelas, merungkai segala kekusutan, tapi aku bisu…
Andai aku mampu melihat, pasti aku mengintai di celah kegelapan, memandu pada kebenaran, menunjuk pada keindahan, tapi aku buta…
Andai aku mampu mendengar, pasti aku menjadi teman yg setia, menunjuk pd yg terluka, merasa pd setiap luahan, tapi aku tuli…
Andai aku mampu memegang, pasti ku ayunkan sebuah kemesraan, menarik semua ikatan, agar ia lerai, tapi aku tak punya rasa…
Andai aku mampu berdiri, pasti ku loncati segala pagar api, membawa engkau berlari, melangkahi segala kepahitan agar bisa tegak…
Andai aku punya teman, yg mendengar pd yg tak mampu bersuara, yg memimpin dlm gelap, yg menerangkan dgn diam, yg mengalihkan setiap halangan, yg meminjamkan tongkat dgn rasa kasih…

Noktah Kehidupan

Kematian merupakan satu titik dari sebuah perjalanan…
Kejutan dr sebuah mimpi yg panjang…
Org yg menyinta, sedih dek kehilangan…
Org yg mengenal, sedih mengenang diri…
Org yg faham, sedih pada ketentuan…
Sebelum kematian, sedih pada penderitaan...
Selepas pemergian, sedih pada perpisahan…

**Sanjaya Sarimin**

Cinta itu...kesakitan

Cinta itu kesakitan,
menghiris hati ini menjadi kepingan,
kasihku jd sandaran…

Cinta itu kedukaan,
mencalitkan sedikit kenangan,
penantianku hanya seksaan…

Cinta itu kesedihan,
memaksa lukaku sembuh sendiri,
diriku dipermainkan…

Aku pasrah dengan seloka takdir,
membiarkan jiwaku belayar,
jauh dr pandangan,
biarpun kita akan saling bertentangan…

Luka..

Ada masa kita terluka dan ada masa kita melukakan perasaan seseorang. Mungkin kita dilukai oleh orang-orang yg kita sayang atau kita yang melukakan hati dan perasaan mereka. Kadang-kadang, kita tak sedar yg kita dah mengguris luka di hati seseorang. Jadi sebelum membuat andaian, lebih baik kita bertanya sebelum berlaku kerenggangan. Minta maaf banyak kali bukan bermakna kita banyak kesalahan tapi untuk kebaikan hubungan supaya kurang beban bila nak menghadap Allah.

Terkadang kita suka bertanya pd hati,
Terkadang kita lupa nafsu turut mendengar,
Terkadang kita buntu, tak tahu arah dek banyak pilihan,
Di situ teman, bukan utk menjawab…
Sebab kita sudah punya jawapan tapi sekadar utk meraih kepastian.
Kalau punya keberanian, tanyalah pd yg hendak ditanya, apa yg melukakan…
Seandainya ada kefahaman, kita tahu adakah kita akan melukakan…



Cantik dan Seri

Seorang sahabat pernah berkongsi rasa dan memaknakan setiap patah katanya. Yang paling menarik bila dia mula bermadah. Ika sendiri kagum dengan susun kata yg dituturkannya. Ada manusia yang dilahirkan bertuah kerana dianugerahkan bijak berbicara.. Macam Ika ni memang terang lagi bersuluh, gugup dan lebih suka berdiam menyimpan rahsia.. Tapi itu tak bermakna orang yg gugup, pendiam ni tak bertuah sebab mereka sebenarnya dilahirkan untuk menjadi pendengar yg setia.. hehe..

Cantik itu sesuatu yg nampak
Seri itu kecantikan yg wujud dari dalam…
Seri bagaikan cahaya, terbit cahaya itu umpama fajar pagi…
Bila fajar terbit, keindahan alam bagaikan hilang…Namun, ianya ada…

Ermm.. inilah antara ayat yang dizahirkan sepanjang kami berbual.. Rasanya, tak tertinggal sepatah perkataan kot.. Kalau tertinggal tu, kira halal je lah..

Cinta itu...penyembuh...

Sedang Ika sibuk men'delete' emel-emel lama daripada inbox yg kian penuh, terbaca emel dari seorang kawan lama..

Cinta itu penyembuh, merawat luka pd hati yg rapuh, kasih menjadi suntikan misteri, pengantara dua hati…
Cinta itu kegembiraan, menanam seribu kenangan, membajai sejuta harapan, menyemai pasrah pd dugaan…
Cinta itu kebahagiaan, mengajar jiwaku mengembara, biar jauh dr pandangan, namun, tetap menghimpun helaian memori…

Akibat cinta

Erm, cinta ni sesuatu yang abstrak, terlalu subjektif.. Cinta pada Allah dan Rasul, cinta abadi.. Cinta sesama manusia ni belum tentu kekal abadi tapi sesetengah manusia terlalu taksub bercinta sehinggakan terlupa yg lebih utama. Bercinta tak salah tapi perlu jaga batasan dan adab sebab kadang-kadang akan mengundang akibat yang mungkin akan terkesan dalam hati. Sesetengah orang memang tak pandang akibat, hanya tahu bercinta…Ada yg tahu akibat tapi sanggup menanggung…Ada juga yg terlalu memikirkan akibat, hingga takut bercinta…Ada yg bijak, melihat akibat sebagai dorongan untuk menikmati kepuasan cinta sebenar…

Jadi, apa yg penting, gunakanlah akal untuk menilai yg terbaik utk diri kita.. kan.. kan..

What a Friend for...?

Sometimes you feel happy, sometimes you feel sad.. Sometimes you feel very bad abt things happened in your life. Life turns you upside down. However, just to let you know that you have a great journey ahead…Just follow the right path and you’ll see the blue sky in the end of the road…Everyone has their stories, still life goes on…Why can’t you learn to let go and accept? You should try mine…Life not that long…Have no time to waste it in for something ‘unaccessible’ (Is this word exist? hehe)…This is the shortest life we have…So live your life…Hate it if you want to, but don’t waste it by keeping yourself to it, when you see how wonderful life outside your circle, and miserable life.

Wishes

Sweet dreams coming your way, delights and graces blooming full degrees…Mind in peace, worries shatter…Joy find its way, bracing you in your lap…Happiness lay…Amin…

Rasa

Kekadang terasa nak bermain dengan bunga-bunga bahasa, tu yg jejiwang sejenak.. hehehe.. mesti org akan kata Ika ni sedang membuang tabiat.. hehe.. sekali sekala buang tabiat xsalahkan? :-) bahasa itu indah, bahasa itu melambangkan bangsa..

Ku hembuskan angin rindu
tika impian kurasakan asing
Ku hanyutkan air resah
tika igauan karamkan angan
Kitakan hanya ada rasa
tapi indahkan kalau ada CINTA…

Would You?

I just received an email from my best friend and this is something nice to share with you.. Hope you like it!!

I was colour blind,
My life was dull with this one and only colour,
But one day, I saw something that changed my life forever…
Within the crowd, I saw one light so bright and so different from the others…
I tried to find it before it left me,
And there you stood giving me the most beautiful, and you taught me another colour called friendship…
It was you all alone, the light I’ve been searching for…
Would you be my other colour?

Monday, May 11, 2009

Study..Study..Study..

Alhamdullillah I finally completed my 6 years of studies in both Teacher Training College and UUM.. It took a long time to be a teacher.. I felt very tired along the way but now, I felt extremely happy because I will enter the next stage of life.. I counted every day and night to go out from this student's world and I couldn't wait to work out there in the real world.. It was tiring, you know, when you had to deal with the same routines as a student.. You had to do lots of written assignments, reports and journals which I didn't actually like it.. For me, it was just a crap because there's nothing to do with my practical teaching in school.. It was just a matter of thought and I had to deal with some unimportant discussions that can't be implemented at all during my practical teaching..

Owh, I forgot to introduce you to my 6-year course.. I was offered TESL course right after SPM and I had to undergo 6 years of studies, a twinning program between Teacher Training College and local university in Malaysia.. It requires me to study in the Teacher Training College for 4 years and 2 years in UUM (one of Malaysia local universities).. I gained a lot through this program and I couldn't deny that I was having so much fun in IPGM Kampus P.Pinang and UUM.. However, I just can't stand with the assignments, lectures and also the EXAMs... It made me feel so sick..hehehe.. But that's a student should do, right? {sigh} ... Hehehe.. Whatever it was, I declared May, 10 as my independence day.. Hahaha.. Everyone had their own special day so do I..

See ya..

Saturday, May 2, 2009

I'm confused!!

Hehe..I consider myself as new in this blogging things.. Shame on me 'cause I'm totally confused and dunno how to handle this blog actually..huhuhu.. so funny..but I'll try my best to keep my blog updated and learn to improve myself..hehe..thanks for dropping by and hopefully we can share some ideas and thought in this page.. =) {sigh} helpp me!!!