About Me

I'm so much more than a teacher..

Thursday, May 14, 2009

Bila sudah tiada...

Terkadang kita tak sedar betapa pentingnya seseorang tu dalam hidup kita selama kita bersama dengannya.. Kita jarang ambil tahu dan kurang memberi perhatian kepada orang yang berada di sisi kita.. Kita mudah lupa dan sentiasa menyakitkan hati mereka tanpa memikirkan perasaan mereka.. Take people for granted, itulah yang selalu kita buat..Namun, pabila mereka sudah tiada dalam hidup ini, kita mula sedar bahawa kita dah kehilangan sesuatu yang berharga.. Kita mula terkenang kenangan bersamanya tika susah dan senang.. Kita baru sedar yang kita telah kehilangan pendengar yang setia, penglipur lara tatkala duka, penyelamat dan teman dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bila mereka dah pergi jauh dari hidup kita, kita mulai merindui dan menyesali setiap perbuatan dan kata-kata yang telah kita ucapkan.. Mungkinkah itu sememangnya fitrah manusia? Tidak bersyukur dengan apa yang ada di sekelilingnya? Tidak menghargai apa yang dimilikinya? Ibarat sudah terhantuk baru terngadah, tak guna untuk kita mengenang kisah lampau kerana mereka yang pergi akan terus pergi meninggalkan kita sendirian.. Kita tetap meneruskan hidup walaupun mereka sudah tiada di sisi..

Buat jiwa yang luka dan hilangnya orang yang tersayang..

0 comments:

Post a Comment